Berikut adalah kursus bahasa Pali asas yang aku kutip dan terjemahkan ke bahasa Melayu dari bahan jasa Bhante Thera Narada.
Sebagai prakata, perkataan "Pali" ini bermaksud "Sastra". Ia kini digunakan sebagai rujukan kepada bahasa yang diucapkan dalam bacaan upacara ajaran Buddha. Nama sebenar bagi merujuk bahasa ini adalah bahasa Magadhi. Bahasa ini diucapkan di kerajaan Magadha pada hayat baginda Buddha sekitar abad ke-6 SM.
Baginda Buddha menggunakan loghat Suddha Magadhi sebagai wahana pengucapan untuk menyampaikan buah-buah ajaran baginda kepada orang ramai. Unsur-unsur dalam bahasa ini boleh dikuasai hanya dalam beberapa bulan sahaja. Ia membuka telinga kepada dharma dan rentak ajaran baginda Buddha. Ia juga menjadi lingua franca di negara-negara yang menganuti ajaran Buddha maka ia berbaloi untuk dikuasai.
Siri ini disusun oleh Bhante Thera Narada seringkas mungkin bagi membantu mereka yang memerlukan bahasa ini untuk tujuan pendidikan dan pelajaran.

Pengumpul: N.V.
Tarikh: Dibuka sempena Asalha Puja dan Guru Purnima pada 8-9 Julai 2017