Rabu, 13 Ogos 2014

Aksara Bahasa Pali


Bahasa Pali boleh ditulis menggunakan pelbagai jenis tulisan. Di negara-negara Buddhis seperti di:
  • Thailand
  • Myanmar
  • Kemboja
  • Sri Lanka
  • Laos
Mereka memperguna tulisan Brahmi gaya mereka sendiri. Jika di India, tulisan Devanagri pula diperguna. Untuk kemudahan semua pihak, kita pun turut memperguna tulisan Devanagri.

Bunyi

Untuk bunyi tulisan, kita membahagikannya kepada:
  • Vokal.
  • Diftong.
  • Konsonan.
Vokal pula terdiri kepada vokal pendek dan vokal panjang. Diftong merupakan suku kata terbuka. Manakala, konsonan terdiri kepada letusan bibir, gigi, dengung, getar lidah, tekak dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan