Bahasa Pali ini sebenarnya adalah bahasa yang digunakan bagi mencatat kitab-kitab suci agama Buddha yang semua dikumpulkan sekali menjadilah Tripitaka atau Tiga Bakul. Bahasa Pali ini agak berpengaruh di negara yang menggunapakai prinsip ajaran Buddha aliran Theravada seperti Thailand, Myanmar, Kemboja, Sri Lanka dan lain-lain. Berbeza dengan aliran Mahayana yang menggunakan bahasa Sanskrit dan bahasa tempatan. Bahasa Pali ini adalah bahasa orang Hindu zaman pertengahan dalam kelompok Prakrit.
Asal Kata
Perkataan Pali ini merujuk kepada garisan atau tulisan-tulisan suci. Nama bagi bahasa ini nampaknya berasal dari tradisi memberi ulasan bagi kitab agama, iaitu ayat-ayat dari petikan kata-kata tokoh diasingkan dengan ulasan-ulasan atau terjemahan menurut bahasa tempatan dalam naskah bentuk tulisan.
Takrifan nama asal bahasa ini mencetuskan juga debat antara sarjana dari semua zaman; ejaan nama bahasa pun berbeza. Kadang-kadang dieja dalam tulisan rumi sebagai bahasa Pali atau bahasa Bali saja. R. C. Childers menterjemah perkataan "Pali" sebagai "rentetan" dan menyatakan bahawa bahasa ini "memegang nama lain dalam rentetan kesempurnaannya dari segi tatabahasa". Beliau membahaskan bahawa nama sebenar atau menurut kepada geografinya itu adalah bahasa Magadhi manakala perkataan Pali itu bermaksud "rentetan, barisan, atau segarisan".
Penganut ajaran Buddha awal mengembangkan ertinya untuk merujuk kepada sebarisan buku, jadi bahasa Bali bererti bahasa bagi naskah bertulisan.
Pengelasan
Bahasa Pali ini adalah jenis bahasa kesusasteraan dalam kelompok bahasa Prakrit, pertama kalinya dicatat dalam bentuk tulisan di Sri Lanka pada awal abad sebelum masehi. Walaupun kesarjanaan bercakap fasal hal ini, tetapi masih wujud lagi kekeliruan mengenai perkaitan antara bahasa Pali dengan kerajaan Magadha yang terletak di Bihar kini.
Bahasa Pali sebagai bahasa Hindu zaman pertengahan ini berbeza dengan bahasa Sanskrit. Bukan sahaja dari segi zamannya, tetapi juga asal-usulnya kerana bahasa Pali berasal dari bahasa bentuk loghat tempatan dengan ciri sebutan dan perkataan yang bukan terus dari bahasa Sanskrit zaman Rigveda sebaliknya mempunyai perkembangan yang berbeza.
Sejarah Awal
Buddha Theravada
Banyak sumber dari aliran Theravada merujuk bahasa Pali sebagai Magadhan atau bahasa orang Magadha. Pengenalan ini muncul pertama kalinya dalam ulasan-ulasan dan mungkin juga terdapat percubaan penganut Buddha untuk mengaitkan diri mereka dengan penduduk empayar Maurya menerusi bahasa Bali.
Baginda Buddha Gautama mengajar di Magadha, tetapi empat tempat paling penting dalam kehidupan baginda terletak di luar dari kerajaan tersebut. Nampak macam baginda mengajar dalam pelbagai jenis loghat Hindu yang saling berkaitan dan boleh difahami oleh satu sama yang lain. Bahasa Bali mempunyai persamaan dengan bahasa Prakerit yang terdapat di batu bersurat Asoka di Girnar, Barat India dan di Hathigumpha, Bubhaneswar di Kalinga (Orissa), India sebelah Timur. Persamaan yang dibuat dengan batu bersurat di India Barat mungkin mengelirukan sebab batu bersurat itu mencetuskan pendapat bahawa pemahat batu bersurat kerajaan Asoka mungkin tidak menterjemah bahan-bahan yang diterimanya dari Magadha ke bahasa tempatan orang di situ.
Apa jua hubungan antara pengucapan baginda Buddha dengan bahasa Bali, kitab suci ajaran Buddha kemudiannya tetap ditulis dan dipelihara semuanya, sementara tradisi ulasan yang mengikutinya menurut kepada maklumat yang dibekalkan oleh Buddhaghosa diterjemah ke bahasa Singhala lalu dipelihara dalam bahasa-bahasa tempatan penganut ajaran Buddha di tempat lain untuk berkurun lamanya.
Di Sri Lanka, bahasa Pali dianggap memasuki abad kejatuhannya sekitar abad ke-4 atau ke-5 M apabila bahasa Sanskrit mula muncul dan digunakan kembali dalam upacara. Sejurus itu juga, penganut ajaran Buddha kembali menjadi sedikit bilangannya di benua kecil India Purba walaupun tidak terus pupus. Karya Buddhaghosa kebanyakannya berperanan besar dalam memartabatkan bahasa Bali sebagai bahasa kesarjanaan yang penting dalam pembelajaran pemikiran dan falsafah Buddha.
Visuddhimagga dan lain-lain ulasan yang dikumpulkan kembali oleh Buddhaghosa ditandakan supaya tersusun dan memenuhi kantung tradisi ulasan dalam bahasa Singhala. Dari sini, ia dipelihara lalu dikembangkan di Sri Lanka sejak kurun ke-3 SM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan