Sarjana Barat Awal
T. W. Rhys Davids dalam bukunya, Penganut Ajaran Buddha India dan Wilhelm Geiger dalam bukunya, Sastera Pali dan Bahasanya, menyatakan bahawa bahasa Pali mungkin berasal dari sejenis bahasa perhubungan atau lingua franca dalam kebudayaan antara orang ramai. Bahasa ini mungkin digunakan sebagai bahasa perantara perhubungan dalam kalangan penutur loghat-loghat berbeza di India Utara, digunakan pada zaman baginda Buddha dan digunakan oleh baginda.
Sarjana lain pula menyatakan bahawa pada masa itu, ia ditakrifkan sebagai bahasa terbaik dalam bentuk tempatan yang dituturkan oleh orang Hindu bertamadun dalam kawasan India Utara. Kesarjanaan moden masih belum sampai ke persetujuan bersama dalam hal ini. Ada banyak teori bercanggah sesma sendiri dengan menyokongnya atau menolaknya. Teori menyatakan selepas kemangkatan Buddha Gautama, bahasa Pali mungkin berkembang sendiri dalam kalangan penganut Buddha hasil dari bahasa yang digunakan Buddha Gautama menjadi bahasa bentuk baru.
R. C. Childers yang berpegang dengan teori bahawa bahasa Pali adalah bahasa Magadhi lama menulis, "Jikalau baginda Gautama tidak menyebarkan ajaran, tidak mungkinlah bahasa Magadhi itu menjadi bahasa terhormat dalam kalangan bahasa tempatan lain di tanah Hindu, kecuali jika ia mempunyai kekuatan pengaruh selari yang menjadikannya seolah-olah bahasa Tuscani (loghat Itali) dalam kalangan penutur bahasa Prakrit".
Menurut K. R. Norman, nampak seperti biara-biara Buddha di India Utara mempunyai kumpulan bahan-bahan berasingan yang dipelihara dalam loghat tempatan. Dalam abad awal, nampak seperti tidak diperlukan sebarang terjemahan bahasa ke bahasa untuk menyebarkan bahan-bahan ini ke kawasan lain. Pada ketika maharaja Asoka memerintah, sudah ada pecahan bahasa, dan percubaan diperbuat dengan menyatukan semua bahan-bahan sastera agama.
Kemungkinan juga, sesuatu bahasa yang agak rapat hubungannya dengan bahasa Pali dalam kitab suci muncul sebagai kesan kepada kompromi antara loghat-loghat berbeza yang mana bahan-bahan awal dipelihara dan bahasa ini menjadi lingua franca dalam kalangan penganut ajaran Buddha di timur India dari ketika itu. Berikutan zaman itu, bahasa ini melalui proses pensanskritan misalnya perkataan Bamhana menjadi Brahmana, manakala perkataan Tta menjadi Tva dalam sesetengah hal.
Kesarjanaan Moden
Bhikkhu Bodhi merumuskan keadaan terkini dalam kesarjanaan, menyatakan bahawa bahasa ini rapat sekali hubungannya dengan bahasa (atau mungkin juga pelbagai loghat dari bahasa yang satu) yang ditutur oleh Gautama Buddha. Beliau menulis lanjut....
Sarjana menganggap bahasa ini sebagai satu jenis bahasa gabungan yang menunjukkan penggunaan pelbagai jenis loghat bahasa Prakrit sekitar abad ketiga sebelum masehi, tertakluk juga kepada proses separa pengsanskritan. Sementara bahasa ini tidak sama dengan bahasa yang dituturkan oleh Gautama Buddha, ia masih lagi tergolong dalam kelompok bahasa yang sama kerana bahasa yang baginda Buddha gunakan mungkin berasal dari ruang konsep yang sama. Bahasa ini makanya, menggambarkan alam pemikiran yang diwarisi oleh baginda Buddha dari kebudayaan Hindu yang lebih luas kerana baginda sendiri pun lahir dalam kelompok kebudayaan Hindu, maka perkataan dalam bahasa itu pun mencakupi juga nuansa dalam alam pemikiran itu.Menurut A. K. Warder, bahasa Pali adalah jenis bahasa Prakrit yang digunapakai di wilayah di Barat India. Warder mengaitkan bahasa Pali dengan ruang lingkup budaya Hindu yang dipanggil sebagai Janapadavanti, yang mana aliran Buddha awal iaitu Sthavira pernah berpusat di situ.
Berikutan dengan perpecahan masyarakat Sangham, cawangan Sthavihara menjadi berpengaruh di sebelah Barat dan Selatan India Purba. Aliran Mahasanghika pula berpengaruh di sebelah Tengah dan Timur India Purba. Akira Hirakawa dan Paul Groner mengaitkan pula bahasa Bali di Barat India Purba dengan aliran Sthavira dengan mencadangkan bukti dari batu bersurat di Girnar, wilayah Gujarat kerana bentuk bahasa hampir berdekatan dengan bahasa Pali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan