Selasa, 12 Ogos 2014

Bahasa Pali Kini


Hari ini, bahasa Pali dipelajari untuk mendapatkan maklumat dari kitab suci ajaran Buddha dan selalu juga digunakan dalam pembacaan katha dalam upacara keagamaan. Sastera sekular dari babad-babad sastera berbahasa Pali, teks-teks perubatan dan juga batu bersurat dikira sebagai penting dari sudut sejarah juga.

Pusat pembelajaran bahasa Pali terkenal masih lagi kekal dalam negara-bangsa yang beragama Buddha aliran Theravada di Asia Tenggara seperti Thailand, Myanmar, Laos, Kemboja, dan di Sri Lanka di Asia Selatan. Sejak abad ke-19 M, pelbagai persatuan cuba menghidupkan semula pembelajaran bahasa Pali di India sekaligus cuba mempromosikan kesedaran terhadap bahasa ini dan kesusasteraannya. Antara persatuan tersebut seperti Pertubuhan Mahabodhi yang diasaskan oleh Anagarika Dhammapala.

Di Eropah, Pertubuhan Teks Pali merupakan penggerak utama kepada usaha mengembangkan pengajian bahasa Bali yang dipelopori oleh sarjana Barat sejak penubuhannya pada 1881. Berakar umbi di United Kingdom (UK), pertubuhan ini menerbitkan naskah-naskah bahasa Pali yang dirumikan bersama dengan terjemahan bahasa Inggeris bagi sumber-sumber asalnya. Pada 1869, Kamus Bahasa Pali pertama diterbitkan menggunakan kajian oleh Robert Caesar Childers yang merupakan salah seorang anggota perintis dalam Pertubuhan Teks Pali. Teks kamus ini merupakan teks pertama bagi bahasa Pali yang diterjemah ke bahasa Inggeris dan diterbit pada 1872. Kamus susunan Childers kemudian menerima Anugerah Volney pada 1876.

Pertubuhan Teks Pali sebahagiannya diasaskan bagi mendapatkan dana tambahan kerana kekurangan janaan dana bagi pengajian Kehinduan di pusat pengajian dan kajian di England serta seluruh UK pada abad ke-19 M. Lagipun masyarakat sarjana di UK tidak begitu teguh dalam pengajian bahasa Sanskrit serta bahasa Prakrit seperti di Jerman, Russia dan di Denmark. Ilham datang dari koloni di tanah jajahan British seperti di Sri Lanka dan di Burma yang mana institusi seperti Perpustakaan Diraja Denmark membangunkan kumpulan utama manuskrip Pali dan tradisi utama bagi pengajian bahasa Pali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan