Selasa, 12 Ogos 2014

Leksikon Bahasa Pali


Leksikon ini merujuk kepada pengajian perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau pengajian perkamusan. Hampir setiap perkataan dalam bahasa Bali itu mempunyai padanannya dengan bahasa jenis Prakrit lain yang juga kita kenali sebagai bahasa-bahasa orang bertamadun di benua kecil India misalnya bahasa Prakrit penganut Jina.

Hubungannya dengan bahasa Sanskrit awal misalnya bahasa Sanskrit kitab Veda adalah tak terus dan lebih rumit. Dari segi sejarahnya, hubungan saling pengaruh mempengaruhi dirasai dalam kedua-dua bahagian bahasa ini. Kesamaan bahasa Pali dengan bahasa Sanskrit ini selalu dibesar-besarkan melalui perbandingannya dengan karangan-karangan bahasa Sanskrit terkemudian yang ditulis beberapa abad selepas bahasa Sanskrit mula berhenti menjadi bahasa percakapan harian lagi selain mula menerima pengaruh dari bahasa-bahasa Hindu zaman pertengahan; termasuklah pinjaman terus dari sebahagian perbendaharaan kata bahasa Hindu zaman pertengahan.

Di samping itu, banyak juga istilah-istilah teknikal bahasa Pali terkemudian dipinjam dari perbendaharaan kata yang digunakan dalam bidang-bidang setara yang ditulis dalam bahasa Sanskrit, sama ada secara terus atau pun pinjaman secara penyesuaian sebutan. Bahasa Pali selepas zaman sastera agama penganut Buddha juga meminjam banyak perkataan dari bahasa-bahasa tempatan di tempat bahasa Pali digunakan misalnya di Sri Lanka, wujudnya pinjaman perkataan Singhala ke dalam bahasa Pali. Penggunaan ini membezakan bahasa Pali yang ditemui dalam Suttapitaka dengan karangan-karangan terkemudian seperti ulasan dalam bahasa Pali pada kitab agama dan juga penglipurlara misalnya ulasan pada Phra Jataka serta pengajian perbandingan dan pentarikhan pada teks berdasarkan kepada kata pinjaman itu kini menjadi satu bidang pengajian tersendiri pula.

Bahasa Pali tak semestinya digunakan secara mutlak sebagai wahana penyampaian ajaran Buddha seperti yang disimpulkan dengan melihat kepada penggunaannya dalam teks keagamaan, sebaliknya juga digunakan dalam teks-teks ilmu bukan kerohanian sepenuhnya seperti teks sains perubatan atau arahan-arahan penjagaan kesihatan.

Walau bagaimanapun, minat kesarjanaan dalam bahasa ini banyaknya bertumpu kepada pengajian sastera kerohanian, jiwa dan sastera falsafah kerana ia turut membuka jalan kepada satu fasa perkembangan ajaran kerohanian yang ditempuhi para Arya atau orang-orang yang mulia pekertinya serta bertamadun tinggi. 

Pandangan Emik dan Etik

Takrifan emik ini merujuk kepada dua jenis maklumat yang diperolehi daripada sikap tabiat manusia. Pengetahuan emik dan penafsiran ini adalah yang ada dalam satu kebudayaaan, yang didapati daripada istiadat tempatan, maksud dan kepercayaan dan bagus sekali diterangkan sendiri oleh suatu budaya asli lain (Ager & Loughry, 2004).

Pengetahuan etik ini merujuk pula kepada pukul rata pandangan tentang sikap manusia yang dianggap sebagai benar secara sejagat serta biasanya merujuk kepada pengamalan kebudayaan sehingga kepada perolehan dari minat pengkaji itu sendiri, misalnya keadaan ekonomi atau keadaan ekologi yang tak dianggap sebagai orang dalam kebudayaan itu sendiri sebagai munasabah (Morris et. al, 1999). Pendekatan-pendekatan emik dan etik dalam memahami tabiat sikap dan perwatakan orang ini jatuh dalam kategori pengajian antropologi budaya. Benda ni dalam pengajian perniagaan pun ada, politik pon ada untuk diplomasi atau pun untuk berurusan dengan klien antarabangsa. 

Kembali kepada bahasa Pali, walapupun bahasa Sanskrit dikatakan dalam adat-istiadat Brahmana sebagai bahasa murni dituturkan oleh para dewa (malaikat) tak pernah berubah-ubah maksudnya, namun dalam setiap perkataan itu ada makna kewujudan. Pandangan ini tidaklah dikongsi oleh pengikut ajaran Buddha awal, kerana pandangan mereka dalam setiap perkataan itu hanyalah ada lambang-lambang konvensional dan mungkin berubah. Baginda Siddartha Gautama dan anak murid awal baginda pun tak pernah berkongsi pandangan dengan penganut agama Hindu yang majoriti yang merujuk kepada bahasa Sanskrit dalam kitab Veda sebagai bahasa suci. Pandangan mengenai bahasa ini juga sama dalam hal bahasa Pali.

Oleh sebab itu, bahasa Pali mungkin digunakan sebagai bahasa wahana ajaran kerohanian menggantikan bahasa Sanskrit disebabkan oleh penyelarasan bahasa ini menurut kepada loghat-loghat bahasa Hindu Pertengahan. Walau bagaimanapun, ketika era pengumpulan ulasan-ulasan sastera dalam bahasa Pali sekitar abad ke-5 dan abad ke-6 masihi, bahasa Pali sudahlah dianggap oleh setengah orang sebagai bahasa yang azali, akar kepada bahasa semua makhluk.

Sebandinglah dengan bahasa Mesir purba, bahasa Latin, bahasa Arab atau bahasa Ibrani dalam tradisi-tradisi mistik di sebelah Barat dunia. Bacaan katha bahasa Pali pun kadang-kadang dianggap mempunyai kuasa luar biasa yang mungkin boleh dikaitkan juga dengan maksudnya, sifat-sifat pembaca katha itu atau pun ciri-ciri bahasa itu sendiri. Dalam lapisan-lapisan sastera pengikut ajaran Buddha itu, ramai dapat melihat thorani atau dharani bahasa Pali digunakan sebagai penangkal misalnya melawan patukan ular.

Masih ramai lagi orang dalam tradisi Theravada percaya bahawa mengambil sumpah dalam bahasa Pali membawa maksud istimewa, memberi rasa kuasa luar biasa bila dibacakan dalam bahasa Pali, pembacaan sumpah Angulimala dalam bahasa Pali pun dipercayai menghilangkan sakit semasa hendak melahirkan anak di Sri Lanka. Bandingan ini, lebih kurangnyalah seperti orang Melayu Islam yang membaca doa-doa disusun orang alim dalam bahasa Arab dalam masjid-masjid sewaktu selepas solat walaupun tidak wajib untuk dibaca dalam bahasa Arab selepas bersolat.

Di Thailand, pembacaan satu bahagian dari kitab Abhidhammapitaka dipercayai berfaedah untuk roh si mati yang baru meninggal dunia. Upacara untuk roh si mati dibuat selama tujuh hari selepas kematian si mati. Yang menariknya, tak ada sebarang pun tajuk-tajuk perbincangan dalam sastera terkemudian yang berbincang fasal hal ini serta asal-usulnya dalam adat-istiadat pun kurang lah jelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan