Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan

Selasa, 12 Ogos 2014

Pembentukan Kata Bahasa Pali


Bahasa Pali merupakan bahasa yang banyak sekali perubahan dalam bentuk kata dalam tatabahasanya apabila menyampaikan sesuatu maksud bagi sesuatu perkara misalnya fungsi, kala masa, angin, orang, bilangan dan juga jantina.

Selain daripada kata akar yang menyampaikan maksud asa, satu atau dua imbuhan ditambahkan pada perkatan untuk maksud lain bagi kata akar tersebut. Kata nama berubah menurut kepada jantina, bilangan dan juga hal keadaan. Kata kerja pula menyampaikan maklumat mengenai orang, bilangan, kala masa perbuatan dan juga angin.

Perubahan Kata Nama

Kata nama bahasa Pali berubah menurut kepada tiga jenis jantina macam bahasa Jerman juga. Ia akan berubah menurut kepada jantina lelaki, perempuan dan juga ada bentuk kata nama yang neutral. Dan ia berubah dengan tambahan imbuhan menurut kepada dua jenis bilangan iaitu tunggal dan jamak.

Kata nama pada asasnya juga menerangkan empat keadaan menurut ayat iaitu hal paccatta atau keadaan pemangsa dalam ayat, keadaan memanggil, keadaan mangsa tindakan atau keadaan upayoga, keadaan tujuan tindakan atau keadaan karanna, keadaan memberi atau pun keadaan sampadana, keadaan pemisahan kata nama, keadaan kepunyaan atau pun keadaan samin dan keadaan tempat dikenali sebagai keadaan bhumma.

Walau bagaimanapun, dalam banyak keadaan, dua atau pun lebih daripada keadaan ini berada dalam bentuk yang sama; hal ini menyentuh kepada keadaan samin dan upayoga. Untuk hal yang ini, boleh juga dirujuk buku-buku bahasa Pali atau bahasa Sanskrit kalau mahu tahu lebih lanjut.

Sebenarnya tak susah sangat pun. Ia lebih kurang saja dengan tatabahasa bahasa Yunani, bahasa Sanskrit, bahasa Tamil atau bahasa Latin juga.

Leksikon Bahasa Pali


Leksikon ini merujuk kepada pengajian perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau pengajian perkamusan. Hampir setiap perkataan dalam bahasa Bali itu mempunyai padanannya dengan bahasa jenis Prakrit lain yang juga kita kenali sebagai bahasa-bahasa orang bertamadun di benua kecil India misalnya bahasa Prakrit penganut Jina.

Hubungannya dengan bahasa Sanskrit awal misalnya bahasa Sanskrit kitab Veda adalah tak terus dan lebih rumit. Dari segi sejarahnya, hubungan saling pengaruh mempengaruhi dirasai dalam kedua-dua bahagian bahasa ini. Kesamaan bahasa Pali dengan bahasa Sanskrit ini selalu dibesar-besarkan melalui perbandingannya dengan karangan-karangan bahasa Sanskrit terkemudian yang ditulis beberapa abad selepas bahasa Sanskrit mula berhenti menjadi bahasa percakapan harian lagi selain mula menerima pengaruh dari bahasa-bahasa Hindu zaman pertengahan; termasuklah pinjaman terus dari sebahagian perbendaharaan kata bahasa Hindu zaman pertengahan.

Di samping itu, banyak juga istilah-istilah teknikal bahasa Pali terkemudian dipinjam dari perbendaharaan kata yang digunakan dalam bidang-bidang setara yang ditulis dalam bahasa Sanskrit, sama ada secara terus atau pun pinjaman secara penyesuaian sebutan. Bahasa Pali selepas zaman sastera agama penganut Buddha juga meminjam banyak perkataan dari bahasa-bahasa tempatan di tempat bahasa Pali digunakan misalnya di Sri Lanka, wujudnya pinjaman perkataan Singhala ke dalam bahasa Pali. Penggunaan ini membezakan bahasa Pali yang ditemui dalam Suttapitaka dengan karangan-karangan terkemudian seperti ulasan dalam bahasa Pali pada kitab agama dan juga penglipurlara misalnya ulasan pada Phra Jataka serta pengajian perbandingan dan pentarikhan pada teks berdasarkan kepada kata pinjaman itu kini menjadi satu bidang pengajian tersendiri pula.

Bahasa Pali tak semestinya digunakan secara mutlak sebagai wahana penyampaian ajaran Buddha seperti yang disimpulkan dengan melihat kepada penggunaannya dalam teks keagamaan, sebaliknya juga digunakan dalam teks-teks ilmu bukan kerohanian sepenuhnya seperti teks sains perubatan atau arahan-arahan penjagaan kesihatan.

Walau bagaimanapun, minat kesarjanaan dalam bahasa ini banyaknya bertumpu kepada pengajian sastera kerohanian, jiwa dan sastera falsafah kerana ia turut membuka jalan kepada satu fasa perkembangan ajaran kerohanian yang ditempuhi para Arya atau orang-orang yang mulia pekertinya serta bertamadun tinggi. 

Pandangan Emik dan Etik

Takrifan emik ini merujuk kepada dua jenis maklumat yang diperolehi daripada sikap tabiat manusia. Pengetahuan emik dan penafsiran ini adalah yang ada dalam satu kebudayaaan, yang didapati daripada istiadat tempatan, maksud dan kepercayaan dan bagus sekali diterangkan sendiri oleh suatu budaya asli lain (Ager & Loughry, 2004).

Pengetahuan etik ini merujuk pula kepada pukul rata pandangan tentang sikap manusia yang dianggap sebagai benar secara sejagat serta biasanya merujuk kepada pengamalan kebudayaan sehingga kepada perolehan dari minat pengkaji itu sendiri, misalnya keadaan ekonomi atau keadaan ekologi yang tak dianggap sebagai orang dalam kebudayaan itu sendiri sebagai munasabah (Morris et. al, 1999). Pendekatan-pendekatan emik dan etik dalam memahami tabiat sikap dan perwatakan orang ini jatuh dalam kategori pengajian antropologi budaya. Benda ni dalam pengajian perniagaan pun ada, politik pon ada untuk diplomasi atau pun untuk berurusan dengan klien antarabangsa. 

Kembali kepada bahasa Pali, walapupun bahasa Sanskrit dikatakan dalam adat-istiadat Brahmana sebagai bahasa murni dituturkan oleh para dewa (malaikat) tak pernah berubah-ubah maksudnya, namun dalam setiap perkataan itu ada makna kewujudan. Pandangan ini tidaklah dikongsi oleh pengikut ajaran Buddha awal, kerana pandangan mereka dalam setiap perkataan itu hanyalah ada lambang-lambang konvensional dan mungkin berubah. Baginda Siddartha Gautama dan anak murid awal baginda pun tak pernah berkongsi pandangan dengan penganut agama Hindu yang majoriti yang merujuk kepada bahasa Sanskrit dalam kitab Veda sebagai bahasa suci. Pandangan mengenai bahasa ini juga sama dalam hal bahasa Pali.

Oleh sebab itu, bahasa Pali mungkin digunakan sebagai bahasa wahana ajaran kerohanian menggantikan bahasa Sanskrit disebabkan oleh penyelarasan bahasa ini menurut kepada loghat-loghat bahasa Hindu Pertengahan. Walau bagaimanapun, ketika era pengumpulan ulasan-ulasan sastera dalam bahasa Pali sekitar abad ke-5 dan abad ke-6 masihi, bahasa Pali sudahlah dianggap oleh setengah orang sebagai bahasa yang azali, akar kepada bahasa semua makhluk.

Sebandinglah dengan bahasa Mesir purba, bahasa Latin, bahasa Arab atau bahasa Ibrani dalam tradisi-tradisi mistik di sebelah Barat dunia. Bacaan katha bahasa Pali pun kadang-kadang dianggap mempunyai kuasa luar biasa yang mungkin boleh dikaitkan juga dengan maksudnya, sifat-sifat pembaca katha itu atau pun ciri-ciri bahasa itu sendiri. Dalam lapisan-lapisan sastera pengikut ajaran Buddha itu, ramai dapat melihat thorani atau dharani bahasa Pali digunakan sebagai penangkal misalnya melawan patukan ular.

Masih ramai lagi orang dalam tradisi Theravada percaya bahawa mengambil sumpah dalam bahasa Pali membawa maksud istimewa, memberi rasa kuasa luar biasa bila dibacakan dalam bahasa Pali, pembacaan sumpah Angulimala dalam bahasa Pali pun dipercayai menghilangkan sakit semasa hendak melahirkan anak di Sri Lanka. Bandingan ini, lebih kurangnyalah seperti orang Melayu Islam yang membaca doa-doa disusun orang alim dalam bahasa Arab dalam masjid-masjid sewaktu selepas solat walaupun tidak wajib untuk dibaca dalam bahasa Arab selepas bersolat.

Di Thailand, pembacaan satu bahagian dari kitab Abhidhammapitaka dipercayai berfaedah untuk roh si mati yang baru meninggal dunia. Upacara untuk roh si mati dibuat selama tujuh hari selepas kematian si mati. Yang menariknya, tak ada sebarang pun tajuk-tajuk perbincangan dalam sastera terkemudian yang berbincang fasal hal ini serta asal-usulnya dalam adat-istiadat pun kurang lah jelas.

Bahasa Pali Kini


Hari ini, bahasa Pali dipelajari untuk mendapatkan maklumat dari kitab suci ajaran Buddha dan selalu juga digunakan dalam pembacaan katha dalam upacara keagamaan. Sastera sekular dari babad-babad sastera berbahasa Pali, teks-teks perubatan dan juga batu bersurat dikira sebagai penting dari sudut sejarah juga.

Pusat pembelajaran bahasa Pali terkenal masih lagi kekal dalam negara-bangsa yang beragama Buddha aliran Theravada di Asia Tenggara seperti Thailand, Myanmar, Laos, Kemboja, dan di Sri Lanka di Asia Selatan. Sejak abad ke-19 M, pelbagai persatuan cuba menghidupkan semula pembelajaran bahasa Pali di India sekaligus cuba mempromosikan kesedaran terhadap bahasa ini dan kesusasteraannya. Antara persatuan tersebut seperti Pertubuhan Mahabodhi yang diasaskan oleh Anagarika Dhammapala.

Di Eropah, Pertubuhan Teks Pali merupakan penggerak utama kepada usaha mengembangkan pengajian bahasa Bali yang dipelopori oleh sarjana Barat sejak penubuhannya pada 1881. Berakar umbi di United Kingdom (UK), pertubuhan ini menerbitkan naskah-naskah bahasa Pali yang dirumikan bersama dengan terjemahan bahasa Inggeris bagi sumber-sumber asalnya. Pada 1869, Kamus Bahasa Pali pertama diterbitkan menggunakan kajian oleh Robert Caesar Childers yang merupakan salah seorang anggota perintis dalam Pertubuhan Teks Pali. Teks kamus ini merupakan teks pertama bagi bahasa Pali yang diterjemah ke bahasa Inggeris dan diterbit pada 1872. Kamus susunan Childers kemudian menerima Anugerah Volney pada 1876.

Pertubuhan Teks Pali sebahagiannya diasaskan bagi mendapatkan dana tambahan kerana kekurangan janaan dana bagi pengajian Kehinduan di pusat pengajian dan kajian di England serta seluruh UK pada abad ke-19 M. Lagipun masyarakat sarjana di UK tidak begitu teguh dalam pengajian bahasa Sanskrit serta bahasa Prakrit seperti di Jerman, Russia dan di Denmark. Ilham datang dari koloni di tanah jajahan British seperti di Sri Lanka dan di Burma yang mana institusi seperti Perpustakaan Diraja Denmark membangunkan kumpulan utama manuskrip Pali dan tradisi utama bagi pengajian bahasa Pali.

Pandangan


Sarjana Barat Awal

T. W. Rhys Davids dalam bukunya, Penganut Ajaran Buddha India dan Wilhelm Geiger dalam bukunya, Sastera Pali dan Bahasanya, menyatakan bahawa bahasa Pali mungkin berasal dari sejenis bahasa perhubungan atau lingua franca dalam kebudayaan antara orang ramai. Bahasa ini mungkin digunakan sebagai bahasa perantara perhubungan dalam kalangan penutur loghat-loghat berbeza di India Utara, digunakan pada zaman baginda Buddha dan digunakan oleh baginda.

Sarjana lain pula menyatakan bahawa pada masa itu, ia ditakrifkan sebagai bahasa terbaik dalam bentuk tempatan yang dituturkan oleh orang Hindu bertamadun dalam kawasan India Utara. Kesarjanaan moden masih belum sampai ke persetujuan bersama dalam hal ini. Ada banyak teori bercanggah sesma sendiri dengan menyokongnya atau menolaknya. Teori menyatakan selepas kemangkatan Buddha Gautama, bahasa Pali mungkin berkembang sendiri dalam kalangan penganut Buddha hasil dari bahasa yang digunakan Buddha Gautama menjadi bahasa bentuk baru.

R. C. Childers yang berpegang dengan teori bahawa bahasa Pali adalah bahasa Magadhi lama menulis, "Jikalau baginda Gautama tidak menyebarkan ajaran, tidak mungkinlah bahasa Magadhi itu menjadi bahasa terhormat dalam kalangan bahasa tempatan lain di tanah Hindu, kecuali jika ia mempunyai kekuatan pengaruh selari yang menjadikannya seolah-olah bahasa Tuscani (loghat Itali) dalam kalangan penutur bahasa Prakrit".

Menurut K. R. Norman, nampak seperti biara-biara Buddha di India Utara mempunyai kumpulan bahan-bahan berasingan yang dipelihara dalam loghat tempatan. Dalam abad awal, nampak seperti tidak diperlukan sebarang terjemahan bahasa ke bahasa untuk menyebarkan bahan-bahan ini ke kawasan lain. Pada ketika maharaja Asoka memerintah, sudah ada pecahan bahasa, dan percubaan diperbuat dengan menyatukan semua bahan-bahan sastera agama.

Kemungkinan juga, sesuatu bahasa yang agak rapat hubungannya dengan bahasa Pali dalam kitab suci muncul sebagai kesan kepada kompromi antara loghat-loghat berbeza yang mana bahan-bahan awal dipelihara dan bahasa ini menjadi lingua franca dalam kalangan penganut ajaran Buddha di timur India dari ketika itu. Berikutan zaman itu, bahasa ini melalui proses pensanskritan misalnya perkataan Bamhana menjadi Brahmana, manakala perkataan Tta menjadi Tva dalam sesetengah hal.

Kesarjanaan Moden

Bhikkhu Bodhi merumuskan keadaan terkini dalam kesarjanaan, menyatakan bahawa bahasa ini rapat sekali hubungannya dengan bahasa (atau mungkin juga pelbagai loghat dari bahasa yang satu) yang ditutur oleh Gautama Buddha. Beliau menulis lanjut....
Sarjana menganggap bahasa ini sebagai satu jenis bahasa gabungan yang menunjukkan penggunaan pelbagai jenis loghat bahasa Prakrit sekitar abad ketiga sebelum masehi, tertakluk juga kepada proses separa pengsanskritan. Sementara bahasa ini tidak sama dengan bahasa yang dituturkan oleh Gautama Buddha, ia masih lagi tergolong dalam kelompok bahasa yang sama kerana bahasa yang baginda Buddha gunakan mungkin berasal dari ruang konsep yang sama. Bahasa ini makanya, menggambarkan alam pemikiran yang diwarisi oleh baginda Buddha dari kebudayaan Hindu yang lebih luas kerana baginda sendiri pun lahir dalam kelompok kebudayaan Hindu, maka perkataan dalam bahasa itu pun mencakupi juga nuansa dalam alam pemikiran itu.
Menurut A. K. Warder, bahasa Pali adalah jenis bahasa Prakrit yang digunapakai di wilayah di Barat India. Warder mengaitkan bahasa Pali dengan ruang lingkup budaya Hindu yang dipanggil sebagai Janapadavanti, yang mana aliran Buddha awal iaitu Sthavira pernah berpusat di situ.

Berikutan dengan perpecahan masyarakat Sangham, cawangan Sthavihara menjadi berpengaruh di sebelah Barat dan Selatan India Purba. Aliran Mahasanghika pula berpengaruh di sebelah Tengah dan Timur India Purba. Akira Hirakawa dan Paul Groner mengaitkan pula bahasa Bali di Barat India Purba dengan aliran Sthavira dengan mencadangkan bukti dari batu bersurat di Girnar, wilayah Gujarat kerana bentuk bahasa hampir berdekatan dengan bahasa Pali.

Pembuka


Pengenalan

Bahasa Pali ini sebenarnya adalah bahasa yang digunakan bagi mencatat kitab-kitab suci agama Buddha yang semua dikumpulkan sekali menjadilah Tripitaka atau Tiga Bakul. Bahasa Pali ini agak berpengaruh di negara yang menggunapakai prinsip ajaran Buddha aliran Theravada seperti Thailand, Myanmar, Kemboja, Sri Lanka dan lain-lain. Berbeza dengan aliran Mahayana yang menggunakan bahasa Sanskrit dan bahasa tempatan. Bahasa Pali ini adalah bahasa orang Hindu zaman pertengahan dalam kelompok Prakrit. 

Asal Kata

Perkataan Pali ini merujuk kepada garisan atau tulisan-tulisan suci. Nama bagi bahasa ini nampaknya berasal dari tradisi memberi ulasan bagi kitab agama, iaitu ayat-ayat dari petikan kata-kata tokoh diasingkan dengan ulasan-ulasan atau terjemahan menurut bahasa tempatan dalam naskah bentuk tulisan.

Takrifan nama asal bahasa ini mencetuskan juga debat antara sarjana dari semua zaman; ejaan nama bahasa pun berbeza. Kadang-kadang dieja dalam tulisan rumi sebagai bahasa Pali atau bahasa Bali saja. R. C. Childers menterjemah perkataan "Pali" sebagai "rentetan" dan menyatakan bahawa bahasa ini "memegang nama lain dalam rentetan kesempurnaannya dari segi tatabahasa". Beliau membahaskan bahawa nama sebenar atau menurut kepada geografinya itu adalah bahasa Magadhi manakala perkataan Pali itu bermaksud "rentetan, barisan, atau segarisan".

Penganut ajaran Buddha awal mengembangkan ertinya untuk merujuk kepada sebarisan buku, jadi bahasa Bali bererti bahasa bagi naskah bertulisan.

Pengelasan

Bahasa Pali ini adalah jenis bahasa kesusasteraan dalam kelompok bahasa Prakrit, pertama kalinya dicatat dalam bentuk tulisan di Sri Lanka pada awal abad sebelum masehi. Walaupun kesarjanaan bercakap fasal hal ini, tetapi masih wujud lagi kekeliruan mengenai perkaitan antara bahasa Pali dengan kerajaan Magadha yang terletak di Bihar kini.

Bahasa Pali sebagai bahasa Hindu zaman pertengahan ini berbeza dengan bahasa Sanskrit. Bukan sahaja dari segi zamannya, tetapi juga asal-usulnya kerana bahasa Pali berasal dari bahasa bentuk loghat tempatan dengan ciri sebutan dan perkataan yang bukan terus dari bahasa Sanskrit zaman Rigveda sebaliknya mempunyai perkembangan yang berbeza.

Sejarah Awal

Buddha Theravada

Banyak sumber dari aliran Theravada merujuk bahasa Pali sebagai Magadhan atau bahasa orang Magadha. Pengenalan ini muncul pertama kalinya dalam ulasan-ulasan dan mungkin juga terdapat percubaan penganut Buddha untuk mengaitkan diri mereka dengan penduduk empayar Maurya menerusi bahasa Bali. 

Baginda Buddha Gautama mengajar di Magadha, tetapi empat tempat paling penting dalam kehidupan baginda terletak di luar dari kerajaan tersebut. Nampak macam baginda mengajar dalam pelbagai jenis loghat Hindu yang saling berkaitan dan boleh difahami oleh satu sama yang lain. Bahasa Bali mempunyai persamaan dengan bahasa Prakerit yang terdapat di batu bersurat Asoka di Girnar, Barat India dan di Hathigumpha, Bubhaneswar di Kalinga (Orissa), India sebelah Timur. Persamaan yang dibuat dengan batu bersurat di India Barat mungkin mengelirukan sebab batu bersurat itu mencetuskan pendapat bahawa pemahat batu bersurat kerajaan Asoka mungkin tidak menterjemah bahan-bahan yang diterimanya dari Magadha ke bahasa tempatan orang di situ.  

Apa jua hubungan antara pengucapan baginda Buddha dengan bahasa Bali, kitab suci ajaran Buddha kemudiannya tetap ditulis dan dipelihara semuanya, sementara tradisi ulasan yang mengikutinya menurut kepada maklumat yang dibekalkan oleh Buddhaghosa diterjemah ke bahasa Singhala lalu dipelihara dalam bahasa-bahasa tempatan penganut ajaran Buddha di tempat lain untuk berkurun lamanya.

Di Sri Lanka, bahasa Pali dianggap memasuki abad kejatuhannya sekitar abad ke-4 atau ke-5 M apabila bahasa Sanskrit mula muncul dan digunakan kembali dalam upacara. Sejurus itu juga, penganut ajaran Buddha kembali menjadi sedikit bilangannya di benua kecil India Purba walaupun tidak terus pupus. Karya Buddhaghosa kebanyakannya berperanan besar dalam memartabatkan bahasa Bali sebagai bahasa kesarjanaan yang penting dalam pembelajaran pemikiran dan falsafah Buddha.

Visuddhimagga dan lain-lain ulasan yang dikumpulkan kembali oleh Buddhaghosa ditandakan supaya tersusun dan memenuhi kantung tradisi ulasan dalam bahasa Singhala. Dari sini, ia dipelihara lalu dikembangkan di Sri Lanka sejak kurun ke-3 SM.